
farah.darwish
4 tahun
Demam panas dan berjangkit
Few days back saya ada tanya soalan sebab saya demam dan batuk dan sakit dada . Tapi tak ada close contact dn pesakit covid. Esoknya anak dan suami saya demam tinggi dan masih demam sehingga hari ini. Soalan saya sekarang, what if kami tak aware yang kami ada close contact dgn pesakit covid? Anak saya baru baik demam rabu minggu lepas, dan seminggu lepas tu demam tinggi balik. My concern is what if sebenarnya ini jangkitan covid, dan kami seek treatment di klinik swasta sebagai demam biasa. Saya takut contaminate tempat2 yg tak sepatutnya. How reliable judgment kita sendiri psl close contact sebab kalau pergi kerja before rmo kita pun tak aware siapa yg kita close contact

5 tahun
Salam sejahtera,
Saya faham kebimbangan anda tentang risiko jangkitan COVID-19 memandangkan kita sedang mengalami wabak tersebut pada masa ini.
Untuk makluman anda, sememangnya kita mempunyai risiko untuk mendapat jangkitan COVID virus kerana wabak ini sedang berleluasa. Namun, untuk anda menjalani ujian COVID-19, secara percuma di hospital kerajaan, anda memerlukan risiko yang tinggi kerana golongan ini akan didahulukan berbanding yang lain. Selain itu, oleh kerana kos yang tinggi serta permintaan yang banyak, ujian ini dijalankan hanya kepada mereka yang benar-benar mempunyai kontak rapat atau pernak ke luar negara. Saya faham kegusaran anda kerana keluarga anda mempunyai gejala demam panas.
Bagi masalah demam panas, selain COVID, ia boleh disebabkan masalah kesihatan lain. Antaranya:
- jangkitan virus influenza (juga amat mudah dijangkiti dalam keluarga)
- demam denggi (jika terdapat kes denggi di kawasan rumah anda terdapat risiko)
- common cold (virus ini sering berlaku dan mudah dijangkiti)
Namun, oleh kerana gejala yang lebih kurang sama antara gejala COVID dan penyakit yang telah saya nyatakan diatas, kita memerlukan ujian saringan.
Untuk mengetahui risiko anda, Anda boleh melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.**
Kami juga menyediakan perkhidmatan ujian saringan. To know more, you may click to this link COVID-19 Screening At Home.
SILA HUBUNGI DOKTOR kami secara percuma dengan menekan pada link ini. Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih.