Sulit
3 tahun
Demam panas dan mata bengkak
Saya lelaki dalam umur 20’an mengalami demam. Sebelum itu saya mempunyai masalah mata kemerahan. Adakah itu punca saya demam? Selepas makan panadol, suhu badan tidak begitu tinggi, tetapi sampai malam suhu badan akan meningkat walaupun telah makan panadol.
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan virus
- Jangkitan bakteria
- Reaksi alahan
- Bahan asing yang memasuki mata
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.