
Sulit
3 tahun
Demam panas kesan daripada Covid
Hi Doc, boleh ke saya ambil panadol selepas minum air kelapa? Adakah tindak balas panadol dgn air kelapa boleh menjejaskan kesihatan dalaman saya? Jumlah air kelapa yg diminum juga tidak terlalu banyak. Adakah kesan air kelapa akan meneutralkan panadol tersebut?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami mengenai soalan anda.
Untuk makluman anda, air kelapa mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan. Ia boleh membantu dalam hidrasi dan mengurangkan tekanan darah dan tahap glukosa dalam darah. Secara umumnya, pengambilan air kelapa dengan ubat-ubatan tidak akan memberikan kesan sampingan melainkan jika individu tersebut mempunyai alahan terhadap air kelapa. Namun, pengambilan air kelapa perlulah secara sederhana kerana pengambilan berlebihan boleh meningkatkan tahap potasium dalam badan. Jika anda mengambil ubat untuk mengawal tekanan darah tinggi, sebaiknya anda tidak minum air kelapa kerana ia boleh menyebabkan tekanan darah turun secara mendadak.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini