
Sulit
3 tahun
Demam panas lebih 3 hari selepas cucuk vaksin
Hi Doktor
Saya ingin bertanya bagi pihak ayah saya yang baru saja dapat vaksin pada 24hb Mei baru baru ini, sehingga hari ini beliau masih demam panas dan mata merah
Adakah ini keadaan normal selepas cucuk vaksin
Untuk makluman ayah saya berumur 71 tahun
Mohon penjelasan
Terima Kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang bapa anda hadapi.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Untuk makluman anda, lazimnya terdapat beberapa risiko kesan sampingan yang dapat dialami setelah seseorang menerima vaksin COVID-19, antaranya termasuk:
- Kesan sampingan pada kawasamn lokal (di kawasan suntikan)
- Sakit atau ketidakselesaan
- Bengkak
- Kemerahan di tempat suntikan dan sekitarnya
- Kesan sampingan yang sistemik:
- Demam
- Cirit birit
- Pening kepala
- Sakit kepala
- Reaksi alahan yang perlu diatasi segara:
- Kesukaran bernafas
- Nafas berbunyi
- Timbul ruam gatal
Umumnya kesan sampingan yang sederhana menandakan vaksin sedang berkerja di dalam tubuh bagi meningkatkan sistem imun. Namun keberhasilan vaksin tidak hanya bergantung pada kewujudan kesan sampingan semata-mata. Tambahan pula, sekiranya pihak anda mengalami kesan sampingan di luar pusat penerimaan vaksin (terutama reaksi alahan), pihak anda dikehendaki untuk pergi ke hospital berhampiran dengan segera untuk penilaian lebih lanjut. Anda juga boleh menghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC).
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. Klik di sini untuk bercakap dengan doktor. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini