
Sulit
5 tahun
Demam panas lebih dari 3 hari
Hye doc, saya wanita berumur 20an, saya mengalami demam panas. Hari ni ada lah hari ke 4 saya demam. Saya sudah follow up dengan klinik untuk ambik darah sama ada denggi fever atau x. Tapi result nya adalah - ve. Cuma tekanan darah saya semakin turun. Doc ada bagi ubat antibiotic untuk tinsil, pcm, selsema batuk dan pcm suniton 450mg. Saya hilang selera makan, setiap kali saya batuk perut saya sakit seperti otot tegang dan kahak tu membuat saya nak muntah. Saya berpeluh dengan banyak tapi xda cirit birit. Xboleh duduk lama dan berdiri lama. Bila saya baring saya mengambil masa untuk bangun jerana xda tenaga. Sekarang saya rasa x mampu nak telan ubat yang banyak. Dan esok saya akan ambil darah lagi sekali kerana doc cakap biasanya denggi fever akan dapat detect bila hari ke 7

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala demam yang anda alami serta simptom-simptom lain adalah gejala umum akibat demam. Demam boleh berpunca daripada:
- Jangkitan kuman - seperti denggi, tibi, jangkitan saluran udara/paru-paru
- Penyakit keradangan - seperti Penyakit Radang usus
- Ketumbuhan dalam badan
- Penyakit darah putih - seperti lebih sel darah putih
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.