Dijawab oleh: Dr Ramzdhan
Anak saya umur 11 dan 15 tahun demam panas suhu 39 dan 40 dah bawak klinik cek darah dan ada kuman tapi doktor tak tahu kuman apa ubat antibiotik dan penadol tapi suhu tidak turun perlu ker saya bawa anak saya ker hospital…
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Kami memahami anak anda yang berusia 11 dan 15 tahun mengalami demam panas dan telah mengambil antibiotik dan panadol tetapi suhu mereka masih belum turun. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, demam panas adalah sesuatu perkara yang membimbangkan dan boleh berpunca daripada banyak perkara. Sebaiknya anda merujuk anak-anak anda kepada hospital memandangkan demam masih belum kebah. Kanak-kanak kecil lebih berisiko untuk mendapatkan komplikasi seperti sawan demam dan dehidrasi.
Untuk sementara waktu, anda boleh mengambil langkah-langkah berikut di rumah :
Anda boleh mendapatkan konsultasi bersama doktor kami jika anda mempunyai pertanyaan lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Kanak-Kanak.