Sulit
3 tahun
Demam panas tapi ada masalah hati
Hai doc, hati saya didapati mempunyai masalah. Saya sedang demam dan doc sarankan saya untuk tak makan sebarang ubat.Ada alternetif lain untuk saya kurangkan suhu demam saya.
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Maaf, kerana penerangan yang anda berikan masih memerlukan beberapa informasi tambahan bagi mempermudahkan kami untuk mengambarkan hal atau keluhan yang sebenar. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Ingin meningkatkan imuniti tubuh? Suplemen merupakan pilihan yang tepat!
Disamping itu, memandangkan keluhan yang anda berikan mempunyai sejarah terkait kesihatan organ hati, saya menyarankan anda untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang lebih komprehensif dari hospital yang anda kunjungi atau hospital pakar yang berdekatan. Hal ini adalah untuk memastikan anda mendapat rawatan secara langsung dengan doktor yang mempunyai data yang lebih jelas tentang kesihatan anda atau yang lebih arif dalam bidang-bidang yang terkait.
Lazimnya bagi individu yang mempunyai tahap kesihatan yang optimum, peningkatan suhu akibat dari jangkitan bakteria, virus dan lain-lain akan berkurang dengan sendirinya setelah sistem imun tubuh mulai berkerja. Selain itu anda boleh
- memastikan pakaian tidak terlalu tebal dan ketat
- banyakkan berehat dan kekalkan hidrasi tubuh (baca: stay hidrated)
- jauhi fikiran negatif dan stres
Justeru saya juga menasihatkan anda agar berbincang dengan lebih terperinci dengan doktor anda dalam waktu yang terdekat.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.