Sulit
4 tahun
Demam sakit dada sukar bernafas dan sakit badan
hii…saya wanita berumur 30 tahun.mengalami gejala demam ringan daj sudah pulih.selepas puluh saya mengalami sakit dada dan sakit tekak ada masanya saya mengalami sakit2 badan adakah saya mengalami gejala wabak covid?
6 tahun
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit dada yang anda alami boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Ketegangan otot dada - akibat senaman, postur tidak baik ataupun pakaian ketat
- Perubahan hormon
- Penyakit saluran darah - seperti saluran darah aorta (aortic dissection) atau (aortic aneurysm)
- Radang tulang rusuk akibat kecederaan atau jangkitan kuman
- Penyakit asid refluks
- Radang paru-paru
Anda boleh melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/































