
imanezan84
4 tahun
Demam ,sakit kepala dan biji-biji merah
Anak saya berumur 6 tahun mengalami demam panas hanya dalam 1 hari.keesokannya demamnya hilang namun saya dapati ada biji-biji merah di muka,badan,dan kaki dan anak saya kerap mengadu sakit kepala.Pada malamnya demam kembali datang tapi suhu kurang dari 38°c.Adakah gejala ini normal?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah demam berserta bintik-bintik atau biji-biji merah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Penyakit tangan, kaki dan mulut
- Demam Scarlet
- Demam campak
- Measles
- Demam denggi
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.