
Sulit
3 tahun
Demam/Sakit Kepala dan loya selepas Vaksin dos pertama
Saya seorang penjawat awam berumur 39 tahun. Mengalami demam/sakit kepala dan rasa loya selepas 8 hari terima vaksin dos pertama. Sekarang sudah masuk hari ke lima. demam yang saya alami masih belum redah.adakah ia disebabkan kesan sampingan vaksin. Untuk makluman doktor saya sudah buat swap test dan keputusan negatif. Minta penjelasan doktor apa yang perlu saya lakukan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kebimbangan anda terhadap kesan sampingan selepas vaksin yang berpanjangan. Ini sudah tentu membuatkan anda lebih bimbang. Anda tidak perlu khuatir, kami akan cuba untuk membantu anda. Untuk pengetahuan anda, kesan sampingan selepas vaksinasi adalah ringan dan kebiasaannya hilang setelah beberapa hari.
Namun begitu, untuk mengenal pasti punca menyebabkan anda mengalami gejala sedemikian, maklumat lanjut mengenai gejala sakit kepala, demam dan loya yang dialami oleh anda perlu disiasat dengan lebih lanjut.
Hal ini kerana, selain kesan sampingan vaksin, gejala yang dinyatakan juga boleh disebabkan oleh jangkitan dan penyakit lain yang memerlukan pemerhatian lanjut oleh doktor.
Kami sarankan anda untuk berhubung dengan doktor kami secara atas talian dan kami akan membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan kami membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini