
Sulit
5 tahun
Demam, Sakit Tekak, Mata Panas & Perut Tidak Selesa
Saya lelaki 24 tahun. Saya rasa macam demam dekat seminggu yang lalu mula pada 16/03… Mata saya pun kerap rasa berbahang panas.
Pada hari khamis 19/03 saya sudah pergi hospital kerana pagi tu saya rasa sesak nafas… Saya ada asthma., Dah check ujian darah negetif. Doktor cakap tak ada apa2 masalah doktor tu kata. Dia cuma bagi paracetamol, ubat kumur , selsema batuk dengan ubat pil untuk athsma. Saya juga diberi injection untuk gastrik.
Sekarang ni demam saya masih belum kebah. Bila awal pagi dengan malam mesti rasa bahang + mata pun terasa panas. Sekarang saya self quarantine kat rumah. Bagaimana solusi masalah saya ni. Adakah saya kena jangkitan covid 19 atau pun bukan… Saya perlu tahu… Sebab dirumah saya ada parent saya yang agak berusia. Itu yang saya risau kan

5 tahun
Salam sejahtera,
Saya faham kebimbangan anda tentang risiko jangkitan COVID-19 memandangkan kita sedang mengalami wabak tersebut pada masa ini.
Untuk makluman anda, demam berpanjangan boleh disebabkan oleh pelbagai masalah kesihatan termasuklah:
- jangkitan virus/kuman
- demam denggi
- pnemonia
Keperluan ujian saringan COVID-19 adalah bergantung pada risiko jangkitan. oleh itu, Anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Sekiranya anda berisiko sederhana tinggi atau tinggi, anda boleh melakukan ujian untuk COVID-19 di hospital-hospital dalam senarai ini. (Designated Hospital for COVID-19)
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini