
zarfiera
5 tahun
Demam, sakit tekak, mual & muntah, sakit otot leher
Saya wanita berusia 32 thn. Mengalami gejala spt demam, sakit tekak (seperti ada sesuatu trsangkut pada tekak), sakit pada otot leher, mual dan muntah, perut kembung dan x selesa semenjak 26hb yg lalu.
Telah mendapatkan rawatan di klinik dengan diagnosis beguk. Hari ini gejala semakin teruk da kesakitan pada leher merebak hingga ke bahagian tekak lantas menyebabkan tekak terasa perit utk menelan.
Utk makluman, spnjg tempoh pkp sy hanya keluar ke pasaraya pada
22hb. Pd 15hb sy menghadiri majlis perkahwinan.
Saya juga merupakan pesakit autoimmune dan mempunyai sejarah pernah dimasukkan ke ICU disebabkan hantavirus infection.
Adakah saya perlu risau dan melakukan ujian saringan covid-19?

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, gejala sakit tekak, mual, muntah & sakit otot leher boleh disebabkan oleh:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Keracunan makanan
- Sakit otot
Anda perlu khuatir jika anda baru pulang dari negara yang terjejas teruk dengan wabak COVID-19 atau anda mempunyai kontak rapat dengan mereka yang sah dijangkiti COVID-19. Oleh itu, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, anda boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini