
Sulit
3 tahun
Demam sebelum cucuk vaksin
Saya Akan cucuk vaksin pada 10 Jun.
Hari ni 8 Jun saya demam. Bagaimana ya? selamat utk cucuk vaksin? Saya Ada drh tinggi, kencing Manis, gout Dan anxiety.

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan
Kami memahami bahawa anda mengalami gejala demam dan ingin mengetahui jika anda boleh menerima vaksin. Kami akan cuba untuk membantu anda dalam perkara ini.
Untuk pengetahuan anda, gejala seperti demam atau selsema biasa boleh menerima vaksin COVID-19 dan digalakkan untuk mengambil.
Namun, disebabkan kita berada dalam pandemik COVID-19, gejala ini boleh menandakan perkara yang serius seperti jangkitan COVID-19. Jika disebabkan perkara yang serius, penangguhan penerimaan vaksin perlu dilakukan.
Oleh itu, anda digalakkan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan bantuan lebih lanjut dalam hal ini.
Kami berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila klik di sini untuk membuat ujian saringan COVID-19 di rumah, secara pandu lalu atau di klinik.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini