
Anonymous
5 tahun
Demam sejuk diiringi demam panas
saya wanita berusia 25 tahun. Sejak 4 hari yang lepas saya mengalami demam sejuk sehingga menggigil. Saya meminum painkiller(1 biji). Selepas 30 minit saya merasa badan saya sangat panas dan saya berpeluh. 2 Jam kemudian saya merasa sihat . Selepas mandi saya merasa sejuk semula tapi tidak seteruk semula. Sejak kejadian ini, setiap hari saya mengalami demam sejuk diiringi demam panas. Ianya berlaku pada subuh pagi dan Petang hari. Apakah yang terjadi kepada saya, mohon penjelasan. Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan bakteria / virus
- Demam denggi
- Allergic Rhinitis
- Keradangan
Puncanya haruslah diketahui sebelum rawatan yang sesuai boleh diberikan. Oleh itu anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut bagi mengetahui punca, dan seterusnya mendapatkan rawatan yang sesuai.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami melalui atas talian secara peribadi untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah anda. Terima kasih.