Sulit
4 tahun
Demam selepas check rtk test
Hi Saya nak tanya, semalam kami ada buat test rtk 1 family sebab kontak rapat dgn adik and negative semua termasuk nenek kami tapi arini nenek kami demam tiba2 dan katanya sakit pinggang beberapa hari lalu? Adakah ni demam biasa je ke? Mintak keterangan berkenaan ni.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami mengenai masalah anda.
Kami memahami anda sekeluarga telah mendapatkan ujian RTK Covid-19 dan telah mendapat keputusan negatif. Kini, nenek anda mengalami gejala demam dan sakit pinggang. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala yang nenek anda alami boleh disebabkan oleh jangkitan Coronavirus, ataupun masalah kesihatan lain. Selain Covid-19, antara punca yang boleh menyebabkan masalah nenek anda adalah :
- Kecederaan pada bahagian tersebut
- Radang tulang atau sendi
- Masalah gout
- Masalah buah pinggang
Oleh kerana keterangan anda adalah singkat, maka punca masalah nenek anda adalah sangat luas. Kami menyarankan anda untuk merujuk nenek anda kepada doktor supaya dapat dibantu. Anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian untuk nasihat lanjut.
Terima kasih, kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































