
Sulit
3 tahun
Demam selepas injection 2bulan
Salam… bayi saya berusia 2bln, ptg td diberikan injection 3serangkai utk 2bln. Sebentar td sy check suhu badan 36.7°, adakah bayi saya demam?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih kerana menghubungi kami dan bertanyakan masalah anda.
Kami memahami kebimbangan anda tentang kesihatan anak anda. Untuk makluman anda, suhu demam bayi ialah 38.0 dan keatas. Apabila bayi mencapai suhu 39.0, ia dikatakan tinggi sehingga memerlukan rawatan di wad, atas kes tertentu. Oleh itu, amat penting bagi anda mengenalpasti suhu demam bayi agar anda dan mendapatkan konsultasi doktor.
Jika anda lihat anak anda tidak lagi aktif seperti biasa, kerap tidur, kurang selera makan dan minum, kurang membuang air besar dan kecil, kami sarankan anda segera mendapatkan bantuan daripada doktor di klinik atau hospital.
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah ini. Terima kasih