
krishnamurthyt
6 tahun
Demam selepas menghadapi kencing kotor
saya budak perempuan berumur 17…tiga minggu lepas saya tidak sihat dan berjumpa dengan doktor…beliau memberitahu saya bahawa saya menghadapi kencing kotor dan memberi ubat untuk dimakan…sejak hari isnin saya tidak sihat dengan demam panas kahak batuk dan sakit badan terutama di belakang dan di pinggang…saya berasa terlalu letih sehingga tidak boleh membuat sebarang perkara…perut saya berasa sakit apabila saya batuk.adakah ini berkaitan dengan kencing kotor yang saya hadapi atau demam biasa???

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Masalah demam yang anda hadapi boleh berpunca daripada kencing kotor anda yang mungkin berulang atau boleh juga disebabkan oleh jangkitan lain seperti jangkitan virus yang menyebabkan batuk.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut dan pemeriksaan serta ujian seperti ujian air kencing perlu dijalankan. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.