
Sulit
5 tahun
Demam Selepas sehari Di istihar restricted movement
Assalamualaikum/Hi Doctor,
Saya Amir,berusia 31 tahun,Dan tinggal Di ampang,sehari selepas Di istihar restricted movement,keesokkan Harinya saya demam,pada ketika itu saya mengalami panas Dan sakit kepala,saya Cuba hubungi pihak kkm,selepas sy nyatakan gejala demam saya Di ikuti soalan2,mereka menyarankan saya untuk mengambil ubat Dan rehat seckupnya.Hari ini23 march,sy mengalami debar2 dijantung Dan sukar bernafas,apa yang patut saya lakukan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan anda. Anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. SImptom sukar bernafas merupakan simptom yang serius. Anda harus mendapatkan pemeriksaan teliti untuk mencari punca anda menpunyai simptom jantung berdebar dan sukar bernafas.
Punca-punca sukuar bernafas ialah:
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit Asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit TB
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Anda disarankan ke klinik yang terdekat untuk mendapatkan rawatan yang bersesuaian. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini