
Sulit
3 tahun
Demam,selesma hilang deria rasa dan bau
Saya wanita b.umur 21 tahun … Beberapa hari ini badan saya kerap lenguh ,kepala saya pulak selalu sakit bila buat sesuatu kerja ,saya makn tidak pnah hbis ,mula2 makan okey lepas tu dah makan .kenyang pulak heran saya . makan tu mesti tukar" sbb tiada rasa dan tiada bau , lagi pun saya seorang ibu yang mnyusu kan ank . sy marh kalau dia mnta susu kerana saya rsa sya macam pning lpas ank sy mnyusu …lagi pun sy kurg selera makan … Paling kerap sakit kepala lah … Kepala rsa berdenyut" . nak hidu sekitar rmh sya lngsung tiada bau … Bila sya ttup mulut kah hidung berselimut saya rsa lemas . sya mersakn diri saya ni tiada apa ?.. Knpa saya mudah lemah,kerap skit kepala ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan maklumat di atas, kami memahami bahawa anda mengalami demam, selsema dan hilang deria rasa dan bau. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Menurut laporan WHO, berikut merupakan gejala lazim bagi jangkitan coronavirus ini:
- Demam (lebih dari 37.5 celcius)
- Sakit tekak
- Batuk
- Selsema
- Sesak nafas
- Sakit badan
- Hilang deria rasa dan bau
Sakit tekak boleh disebabkan oleh pelbagai masalah kesihatan seperti:
- dehidrasi
- common cold
- radang tonsil
- radang pharynx
- GERD
Akan tetapi, berdasarkan simptom sahaja, sukar untuk menentukan adakah ianya jangkitan covid atau masalah lain yang boleh menyebabkan gejala sama seperti berikut. Oleh itu, penilaian risiko hendaklah dilakukan bagi membantu pakar perubatan membuat keputusan. Justeru, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Langkah ini adalah bagi mengelakkan anda untuk keluar dari rumah tanpa alasan yang kukuh.
Anda juga boleh menghubungi doktor kami secara atas talian untuk nasihat lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk melakukan ujian saringan COVID-19
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini