atiatiqah241296
4 tahun
Demam , selsema , batuk , sakit kepala
Saya wanita berumur 23 tahun Dan saya telah demam hampir 1 mggu 2 Hari .pada mulanya saya sangkakan demam biasa setelah 3 Hari tak baik2 saya pun pergi hospital kerajaan. Saya disuruh ambil darah . Tapi doktor kata tiada apa2 cuma demam biasa . Dan setelah 3 Hari saya rasa makin sehat tapi selepas 2 Hari penyakit saya datang balik malah makin sakit dibahagian kepala dan saya memakan panadol bagi mengurangkan tpi sama je Dan dibahagian kening saya ditekan rasa macam lebam Dan menyebabkan sakit kepala dan demam panas Yang teramat . Pada esokkn Hari saya pergi ke hospital swasta Dan doktor mendapati darah putih saya tinggi Dan dijangkiti kuman Dan doktor mengatakan kesan dri sakit kepala mungkin akibat keadaan cuaca yg panas. Saya ingin menanyakan adakah penyakit ini berbahaya ataupun tidak . Sebab saya tidak pernah merasa sakit bergini . Sekian terima kasih
5 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda.
Demam biasanya tidak berbahaya melainkan jika ia mencapai 103°F (39.4°C) atau lebih tinggi. Tetapi tahap demam tidak semestinya menunjukkan betapa seriusnya keadaan umum. Suatu penyakit ringan boleh menyebabkan demam yang tinggi, dan penyakit yang lebih serius boleh menyebabkan demam yang rendah. Antara punca-punca yang boleh menyebabkan seseorang demam adalah :
- Virus
- Jangkitan bakteria
- Strok haba
- Selaran matahari yang melampau
- Keadaan radang tertentu seperti artritis reumatoid – keradangan pada selaput sendi (synovium)
- Sesetengah ubat-ubatan, seperti antibiotik dan ubat-ubatan yang digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi atau sawan
- Sesetengah imunisasi, seperti difteria, tetanus dan pertusis atau vaksin pneumokokal.
Anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.