
nininurainshafiqah
4 tahun
Demam selsema dan batuk
anak saya berumur 6bulan mengalami batuk selsema dan demam bagaimana cara untuk mengatasinya

5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Demam yang berlaku pada kanak-kanak haruslah diberi perhatian kerana kanak-kanak mempunyai tubuh yang kecil. Jadi mereka mempunyai ratio permukaan ke isipadu yang lebih besar justeru mudah mengalami perubahan suhu badan. Suhu yang terlalu tinggi boleh menggaggu pertumbuhan otak dan mengakibatkan kecacatan sekiranya tidak dirawat dengan segera.
Viral fever adalah salah satu punca demam dalam pesakit kanak-kanak. Golongan ini mudah dijangkiti kerana belum memiliki system imun yang matang. Terdapat pelbagai jenis jangkitan virus yang boleh berlaku kepada kanak-kanak. Kebanyakannya tidak serius seperti mengakibatkan sakit tekak, muntah, cirit-birit, demam atau ruam. Namun begitu, terdapat jangkitan virus yang lebih serius mengakibatkan penyakit seperti demam campak dan cacar air.
Viral fever selalunya akan menyebabkan simtom seperti demam dan batuk sehingga dua minggu dan ia adalah normal. Untuk merawat keadaan ini, anda perlu memastikan anak anda mendapat rehat yang cukup, mengambil pemakanan yang sihat dan seimbang minum air yang cukup dan elakkan membawanya ke tempat awam.
Pastikan suhu terkawal dan makan ubat yang disyorkan doktor mengikut arahan. Anda disyorkan memiliki jangka suhu untuk memeriksa suhu badan anak anda dengan tepat.
Sila rujuk kepada doktor kami bagi konsultasi secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah
kami.