Sulit
4 tahun
Demam semasa kuaritin
hai, saya telah membuat PCR pada hari isnin dan keputusan negatif. saya juga disarankan untuk kuaritin 10 hari oleh syarikat saya. dalam masa kuaritin badan saya agak lesu, cepat berpeluh dan mengalami demam tapi tidak melebihi 37.5. adakah sy demam biasa atau ada kaitan dengan covid? simptom lain saya tidak ada.
4 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Menurut WHO, simptom-simptom yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 degree celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Setiap individu akan mengalami simptom yang berbeza, sukar bagi kami untuk memberikan kesimpulan melalui simptom sahaja. Namun begitu disebabkan anda berada dalam kuarantin ia boleh berkait dengan simptom COVID-19, oleh itu anda perlu menghubungi PKD di kawasan anda untuk membuat laporan tentang status kesihatan anda. Anda digalakkan untuk memantau kesihatan anda dan menghabiskan kuarantin dan melakukan ujian saringan kedua.
Sila menghubungi klinik atau hospital yang terdekat sekiranya terdapat gejala seperti yang berikut:
- Muntah atau pitam
- Berpeluh yang tidak terhenti
- Gejala bertambah berat
- Gejala yang anda alami berterusan
Untuk makluman anda, kami turut menyediakan perkhidmatan screening COVID 19, sila klik link ( Screening COVID ). Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. ( DoctorOnCall ). Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































