Sulit
3 tahun
Demam serta ceret beret
saya mencuba memakan vitamin c yang dibeli di watsons ok beberapa hari kemudian saya mengalami demam sehingga 3 hari selepas itu perut saya tiba-tiba mula mengembung dan selalu berbunyi serta saya kerap ke toilet sehingga satu hari boleh dikatakan dalam 10 kali sehari saya ke toilet untuk membuang air besar dan taiknya cair,sebenarnya ape masalahnya ya doktor ?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Keracunan makanan
- Jangkitan virus seperti rotavirus
- Kesan sampingan ubat-ubatan
- Alahan kepada makanan
- Radang usus
Anda disarankan untuk meminum air lebih banyak untuk menggantikan air yang hilang daripada gejala cirit-birit tersebut.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.