
Sulit
5 tahun
Demam Suhu 38 C° dan risiko Covid-19
Assalammualaikum Doctor,
Saya ingin bertanya berkenaan Covid-19.
Dua hari lepas(Ahad), saya ade keluar ker sungai wang dan area Kuala Lumpur. Dan pada malam tersebut saya mula letih dan sakit sendi dan urat. Keesokannya, badan saya mula panas, dan apabila saya check suhu pada petang tersebut, suhu saya adalah 38c°. Tapi simptom batuk dan selsema saya hanya minima(jarang), dan kadang2 rasa kering tekak. saya ambil paracetemol, dan pada hari ini badan saya agak cergas berbanding sebelum itu. Persoalan dia, adakah kes saya ni boleh dikategorikan sebagai simptom Covid-19 atau simptom demam biasa?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera!
Terima kasih untuk soalan yang telah anda. Saya fahami tentang kebimbangan anda memandangkan wabak COVID19 sedang berleluasa.
Menurut WHO, gejala COVID adalah seperti berikut:
- demam (37.5 degree celcius)
- batuk
- sakit tekak
- sakit sendi
- kesukaran bernafas
- sakit kepala
Untuk makluman anda, gejala yang dihadapi oleh pesakit COVID-19 boleh dikatakan sama seperti virus lain. Namun, virus ini lebih menjejaskan saluran pernafasan dan paru-paru. Bagi mengenalpasti punca sebenar, ujian saringan perlu dijalankan.
Keperluan ujian saringan adalah bergantung kepada risiko anda. Anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini.
Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Sekiranya berisiko tinggi, anda boleh melakukan ujian untuk COVID-19 di hospital-hospital dalam senarai ini. (Designated Hospital for COVID-19)
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih sekali lagi. Saya berharap jawapan yang telah saya berikan boleh membantu anda.