
Sulit
5 tahun
Demam suhu tinggi beserta sakit kepala
saya berumur 23tahun, kerap demam tapi tak rasa sejuk dan sakit kepala teramat sangat, saya sudah ambil pcm still tidak berkesan, jumpa dr buat FBC tidak ada apa masalah, apa yang saya patut lakukan?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala demam dan sakit kepala anda boleh disebabkan:
- Jangkitan kuman dalam kepala seperti menigitis - ujian darah seperti FBC mungkin tidak dapat mengesan ini
- Pendarahan dalam kepala
- Demam selesema dan migrain
- Ketumbuhan dalam kepala
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.