
Sulit
4 tahun
Demam tak berkurang walaupun batuk,selsema telah berkurang
Saya mula mengalami demam pada 31/10. saya mengalami demam, batuk, dan selsema. setelah mengambil ubat, batuk dan selsema telah berkurangan tapi demam masih ada. demam yg saya alami tidak begitu teruk tapi konsisten dan tak berkurang walaupun dah menghabiskan 1 papan paracetamol. saya masih ada selera untuk makan. dan sekarang ni saya kerap mengantuk.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang gejala demam yang anda hadapi iaitu demam. Kebiasaannya deman boleh sembuh dengan sendiri tanpa perlu ke hospital. Ia berkemungkinan disebabkan jangkitan virus biasa. Demam akan sembuh selepas makan ubat paracetamol, berehat dan minum air yang banyak. Namun begitu,memandangkan demam anda berlarutan walaupun sudah menghabiskan 1 papan paracetamol, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor kerana diagnosis yang tepat perlu dilakukan untuk mendapatkan rawatan yang sempurna. Bagaimanapun, masalah yang anda hadapi boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Penyakit berjangkit seperti demam denggi, HIV, campak, demam kepialu, penyakit kencing tikus, radang injap jantung, meningitis dan penyakit cacar air.
- Reaksi alahan terhadap sesetengah ubat
- Penyakit vasculitis
- Penyakit autoimun seperti systemic lupus erythematosus (SLE) dan inflammatory bowel disease (IBD)
- Penyakit TB
Rasa nak demam? Periksa suhu anda dan dapatkan kelegaan segera.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Demam mungkin berpunca daripada penyakit serius. Dapatkan nasihat Pakar sekarang!