
Sulit
4 tahun
Demam terlalu panjang sudah seminggu
Keadaan saya dengan batuk mual dan kepala terlalu pening. deria bau on tak ada. hm

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu demam yang sudah seminggu lamanya. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- dehidrasi
- tekanan darah rendah
- Jangkitan virus ditelinga
- Meniere’s syndrome
- Anaemia
- Kurang gula (Hypoglycaemia)
- Demam denggi atau virus lain
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut dan pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.