Anonymous
4 tahun
Demam tetapi berpeluh
saya lelaki 20’an dan saya sedang mengalami demam. tetapi pada waktu tidur, saya sering berpeluh walaupun saya kesejukan. adakah keadaan ini berbahaya? apakah penyebab
dan bagaimana hendak mengatasi masalah ini?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, keterangan yang anda berikan adalah kurang jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat. Sebaiknya dijelaskan lanjut apakah yang dimaksudkan sering berpeluh sewaktu kesejukan itu terjadi sepanjang demam atau diluar waktu demam.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih