amirulafiq.juhari
6 tahun
Demam tidak surut setelah 3 hari
Saya lelaki 20 an. Saya mendapat demam 3 hari yang lepas. Hari yang ke empat saya buat blood test di klinik untuk denggi. Hasil keputusan negatif. Tetapi demam saya masih tidak hilang. Mengapa ya? Saya dah makan panadol dah minum air 100 plus, minum air kelapa dan makan ubat yang diberikan oleh doktor.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Demam mempunyai pelbagai sebab antaranya ialah
- jangkitan kuman dan bakteria
- penyakit autoimmun pada fasa ‘flare’ seperti SLE
- perubahan suhu dan iklim sekeliling
Sekiranya demam masih berlarutan untuk 5 hari, anda perlulah berjumpa dengan doktor sekali lagi. Anda perlu mengambil air masak yang lebih untuk menstabilkan suhu badan dan menguatkan sistem imun badan melawan penyakit.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih



































