Sulit

3 tahun

Demam tidak tentu masa

saya berumur 28thn. saya telah mengalami demam bermula 24.12 hingga hari ini. demam yang tidka menentu seperti demam pagi, tghari ok dan demam semula pd malam hari. saya tiada selsema dan batuk. Hanya tekak merah mengikut doktor yg merawat saya. saya telah memakan ubat antibiotik sehingga habis dari 2 klinik yang berbeza. tetapi masih tidak pulih.Apakah yang perlu saya lakukan untuk pulih dengan segera.

Dr Ramzdhan,

3 tahun

Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.

Kami memahami kebimbangan yang anda hadapi iaitu demam. Namun begitu, kami memerlukan maklumat yang lebih terperinci daripada anda sebelum sebarang kesimpulan mengenai punca sebenar masalah demam yang anda hadapi. Maklumat seperti rekod kesihatan anda, sejarah pemakanan anda dan situasi persekitaran anda adalah diperlukan. Walaubagaimanapun, demam ringan atau berat dapat berpunca daripada banyak perkara , antaranya ialah:

  • Jangkitan virus penyebab kepada selsema, sakit tekak dan cirit-birit
  • Jangkitan kuman di paru-paru (pneumonia), batuk kering (TB) dan jangkitan saraf (meningitis)
  • Demam malaria/denggi/HIV
  • Penyakit sendi
  • Ubat seperti antibiotik dan sebagainya
  • Barah/Kanser

Penyakit di atas hanyalah senarai yang memungkinkan sahaja. Sebelum menetapkan sesuatu penyakit kepada seseorang indvidu, pemeriksaan fizikal adalah diperlukan bagi mendapatkan rawatan yang tepat dan terbaik. Jadi, anda perlu bawa bertenang dahulu. Kami cuba membantu anda. Baiklah, perkara yang perlu dilakukan dirumah ketika demam yang ringan <38°C dan tiada komplikasi adalah :

  • Minum air atau cecair dengan kerap untuk menambah kehilangan bendalir dalam badan.
  • Makan makanan ringan dan mudah hadam seperti sup
  • Cuba mandi dengan menggunakan air suam untuk meredakan demam.
  • Berpakaian longgar, jangan berselimut kerana ini akan meningkatkan suhu badan.
  • Makan ubat seperti paracetamol dengan jumlah yang tepat untuk meredakan demam
  • Mendemah bahagian badan seperti kepala, kaki dan abdomen dengan tuala basah boleh juga menurunkan suhu badan

Sekiranya langkah berikut tidak dapat menyembuhkan demam anda, dan memandangkan anda sudah menghabiskan ubat antibiotik, saya menasihati anda untuk berjumpa dengan doktor. Berkenaan rasa mengantuk yang anda alami, nasihat saya, luangkan masa untuk tidur. Tidur yang cukup dan rehat juga adalah diperlukan untuk sembuh daripada demam. Berikan waktu kepada badan anda rehat daripada kesibukan harian anda.

Anda demam? Periksa suhu anda dan dapatkan kelegaan segera.

Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih

Demam mungkin berpunca daripada penyakit serius. Dapatkan nasihat Pakar sekarang!

321502_2200-732x549

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2)