
mdazmi024
5 tahun
Deman selsema,sebbak dada berangin, selalu sendawa
pada 25/3 - Deman mkn panadol terus ok
26/3 - 31/3- rasa sesak nafas, berangin, selalu sendawa angin tp dada rasa sesak, bernafas ok lgi. cuma xselesa shaja. Selsema bersin, deman ringan 37°¢ sahaja. kdang2 xdeman
1/4- rasa sakit dlm tekak,batuk sikit2,ada geli2 dlm dada terus batuk sekali sekala, dada masih rasa sesak lgi tp bernafas ok lgi.deman xpanas sangt ,36.8°¢
mohon pandangan tnda convid19…
tiada terdedah dgn pesakit convid atau contak dgn pesakit convid…

5 tahun
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit dada yang anda alami boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Ketegangan otot dada - akibat senaman, postur tidak baik ataupun pakaian ketat
- Perubahan hormon
- Penyakit saluran darah - seperti saluran darah aorta (aortic dissection) atau (aortic aneurysm)
- Radang tulang rusuk akibat kecederaan atau jangkitan kuman
- Penyakit asid refluks
- Radang paru-paru
Anda boleh melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini