
Sulit
4 tahun
Dengar suara bisikan
Adik lelaki saya mendengar bisikan menyuruh terjun bangunan

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, mendengar suara atau bisikan bila tiada orang disekeliling seseorang individu dikenali sebagai halusinasi pendengaran. Terdapat beberapa punca yang menyebabkan halusinasi pendengaran dan masalah mental adalah punca yang utama gejala ini untuk berlaku seperti:
- Schizophrenia
- Masalah bipolar
- Masalah kemurungan yang kronik
Masalah kesihatan mental perlu disiasat lebih lanjut oleh doktor pakar. Namun begitu, terdapat juga beberapa perkara yang boleh menyebabkan halusinasi ini seperti:
- Tekanan emosi
- Sawan
- Masalah tidur
- Masalah pada telinga
- Kesan sampingan ubat
- Ketumbuhan pada otak
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.