
aleb780740
5 tahun
Denyutan di bahagian pangkal peha
Hi,
Saya lelaki bujang berumur 45 tahun. Dalam tempoh seminggu ini saya mengalami kesakitan secara tiba-tiba di bahagian belakang pangkal peha (antara bawah punggung hingga ke separuh peha sebelah kanan).
Sakit ini seperti berdenyut-denyut dan tidak mengikut masa. Kadangkala boleh berlaku jam 3-4 pagi sehingga saya terbangun dari tidur. Frekuensi berlaku mungkin dalam 5-15min sekali dan ketika terjadinya denyutan sakit tersebut, ianya hanya mengambil dlm tempoh 3-5 saat sahaja.
Berdasarkan pengalaman doktor, apakah antara punca-punca perkara ini berlaku. Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah tulang belakang yang menyebabkan saraf anda tersepit (disc prolapse, spondylosis)
- Darah beku di salur darah (lebih-lebih lagi jika bengkak)
- kencing manis
- masalah otot ketegangan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.