
Sulit
2 tahun
Denyutan dibahagian perut
saya remaja beumur 16 tahun saya selalu terasa ada denyutan dibahagian perut saya sendangkan saya tidak pernah melakukan hubungan intim

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman pihak anda, denyutan pada bahagian perut tidak semestinya bermaksud kehamilan. Ia mungkin berpunca daripada denyutan salur darah pada abdomen anda dan ia adalah normal untuk dirasai terutamanya bagi mereka yang bertubuh kurus.
Sekiranya anda mengalami gejala lain seperti merasai benjolan atau ketumbuhan yang abnormal pada bahagian abdomen anda, sila rujuk gejala ini kepada doktor dengan segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.