Sulit

2 tahun

Depresi selama berminggu minggu

Saya lelaki berumur 26 tahun.Saya mengalami tekanan perasaan yang terlalu lama dan terkadang ianya berulang. Kadang selama seminggu saya akan berkurung diri, merasa seperti tidak berguna untuk hidup,terkadang saya merasa seperti ingin mencederakan orang sekeliling dan saya kerap mendengar seakan akan suara bercakap di dalam fikiran saya.Untuk pengetahuan Doktor selepas keadaan tersebut saya akan kembali seperti biasa di mana saya akan terlampau gembira,hyperactive,berkerja lebih masa,suka suasana yang riuh.Tetapi ianya tidak lama kadang keadaan murung/tekanan emosi akan datang secara tiba tiba dan akan berlarutan sehingga berminggu minggu.Apabila situasi tersebut berlaku saya akan mengurung diri, tidak bercampur dengan dunia luar kerana takut saya akan mencederakan masyarakat sekitar.Saya juga sering mendengar suara suara bercakap di dalam fikiran saya samaada saya dalam keadaan normal atau dalam keadaan tertekan.Suara suara ini akan sentiasa bercakap cakap dan akan bertambah buruk apabila saya mengalami tekanan perasaan. Untuk pengetahuan Doktor saya mempunyai sejarah penderaan yang teruk semasa zaman kanak kanak selama 20 tahun. Apakah penyebab keadaan saya ini Doktor? Adakah saya mempunyai penyakit mental? Apa yang perlu saya lakukan supaya saya tidak mencederakan diri sendiri dan masyarakat? Tolong bantu saya Doktor.

Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.

Berdasarkan kenyataan di atas, kami memahami anda sering mengalami episod kemurungan yang lama, berselang dengan terlalu gembira serta halusinasi. Kami akan cuba untuk membantu anda.

Untuk makluman anda, halusinasi adalah simptom yang sering dikaitkan dengan masalah psikiatri. Ia merupakan petanda bagi mendapatkan rawatan segera kerana jarang berlaku dengan sendirinya.

Gejala lain yang anda nyatakan merupakan gabungan episod depresi berselang mania dikenali juga sebagai Bipolar disorder. Masalah ini boleh dirawat dengan berkesan.

Oleh demikian, kami menasihatkan agar masalah ini dirujuk kepada doktor anda atau pakar kami secara atas talian bagi rawatan selanjutnya. Anda juga boleh membuat saringan awal DASS untuk mengetahui tahap kesihatan mental anda.

Berikut merupakan senarai organisasi yang mungkin dapat membantu anda:

Malaysian Mental Health Association

  • Any mental health issue
  • Qualified mental health professionals
  • Language: English, Malay, Chinese
  • Hotline: 03-27806803

Mercy Malaysia

  • 8am to 5pm everyday
  • Language: English, Malay, Tamil
  • Hotline: 03-29359935

Woman’s Aid Organization

  • For survivors of domestic violence and rape
  • WAO SMS/Whatsapp line
  • TINA: 0189888058
  • Hotline: 03-79563488

BEFRIENDERS

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Anda memerlukan khidmat nasihat mengenai masalah dan kesihatan mental? Doktor pakar psikiatri kami boleh membantu anda.

happy%20oldman

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (50)