
Sulit
5 tahun
Depression berbahaya ke
Assalam dr. Saya nak tanya, adakah saya mempunyai depression yang teruk? Brdasarkan keputusan ujian dass saya, sangat teruk. Saya kerap gelak n menangis tanpa sebab . Saya susah utk meluahkan perasaan saya bila kawan suruh meluah, saya tak dapat nak luahkan melalui kata-kata apa yang saya pendam. Saya jenis suka pendam sorang ². Saya juga pernah menghantuk kepala saya dll. Saya mempunyai keinginan mencederakan diri/orang lain. Saya juga mengalami masalah tidur iaitu imsonia dan kekadang saya jadi hyperimsonia bergantung pda sesuatu waktu dan stiap hari. Saya risau keadaan saya apabila marah n sedih, saya takut saya akan bertindak diluar kawalan saya… Apabila saya berasa ingin bertindak secara tidak waras, saya cuba kawal diri saya dan kurung diri didalam bilik agar tidak melukai orang lain. Dan saya lebih cenderung kpd mencederakan diri sndiri. Saya mengalami masalah ini ketika saya f2 hingga saya f5 skrg. Saya risau jikalau keadaan saya semakin teruk. Sometimes, saya normal… Sometimes, saya mcm org xnormal. Saya harap dr jawab pertanyaan saya. Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kemurungan adalah satu diagnosis yang boleh ditegakkan oleh seorang doktor pakar psikiatri. Merujuk kepada keluhan-keluhan yang anda rasai, kemungkinan besar ia bukanlah kemurungan, tetapi apa yang anda hadapi adalah salah satu daripada keadaan dibawah seperti:
- Gangguan penyesuaian juga dikenali sebagai adjustment disorder
- Keresahan dan kebimbangan umum juga dikenali sebagai anxiety
- Gangguan hormon seperti tiroid
- Masalah kekurangan vitamin seperti vitamin B
- Akibat sesetengah jenis ubat-ubatan
- Penyakit autoimun dengan gejala mirip kemurungan seperti pada
- Gangguan mood
Memandangkan keluhan ini sepertinya telah berjalan lama, ketahuilah bahawa untuk setiap penyakit yang tersenarai diatas, ada ubatnya. Buat masa ini, anda adalah digalakkan untuk merujuk ke doktor agar dapat diberikan diagnosis yang benar seterusnya pengubatan dan terapi dapat dimulakan dengan segera. Hal ini adalah penting untuk diatasi agar masalah tidak memburuk dimasa hadapan.
Nasihat saya agar anda melakukan kunjungan ke klinik kesihatan terdekat dan dapatkan temujanji bersama doktor pakar dan kaunselor. Disamping itu, seandainya anda berasa memerlukan sahabat atau teman untuk berkomunikasi, silakan menghubungi Befrienders Kuala Lumpur di talian 603-79568145 secara percuma dan sulit.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.