
Sulit
4 tahun
Depression start after giving birth
Hai…sy nk minta suggestion dri doctor any supplement yg bole reduce kan depression sy…tekanan dgn anak yg overactive umur 4 thn and dgn persekitaran…sy pernah amalkan lecithin dan emosi sy rsa ok kurang mrh…bila dh lama x ambil…rsa mcm sy stres balik…any suggestion?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami di DoctorOnCall.
Kami memahami kerisauan anda tentang keadaan anda yang alami.
Berdasarkan kenyataan anda, punca anda mengalami stres dan kemurungan berkemungkinan berpunca dari pada persekitaran yang stres dan tidak ceria. Oleh sebab it, kami sarankan anda mencuba beberapa teknik berikut untuk mengurangkan stres anda:
- Dapatkan tidur yang cukup
- Luahkan perasaan kepada orang yang anda selesa dan percaya mengenai masalah anda
- Lebihkan senaman atau melakukan aktivti sukan. Ia dapat membina keyakinan diri secara langsung
- Kawal emosi dengan melakukan hobi yang baharu dan menarik perhatian anda bagi memberi tumpuan dan matlamat baharu bagi anda daripada melayan karenah stres dan kemurungan.
- Dapatkan nasihat atau kounseling daripada pihak kounseling serta pakar yang berdekatan.
- Elakkan perkara-perkara yang negatif yang boleh mengganggu emosi anda
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Kami juga ingin menasihati anda agar untuk sentiasa berkeyakinan diri dan selalu berfikiran positif dalam menangani masalah anda. Seharusnya anda juga boleh berjumpa dengan pihak kounseling bagi mendapatkan nasihat yang diperlukan untuk anda.
Anda juga boleh berjumpa dengan doktor yang berdekatan bagi mendapatkan ubat-ubatan mengawal gejala stres sekiranya perkara ini berlarutan. Namun, ubat-ubatan tersebut harus didapatkan melalui perskripsi yang sah daripada doktor anda setelah menjalani ujian kesihatan yang berpatutan.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan.