
liyana.zakaria85
4 tahun
Depression & Stress. Triggered
Saya wanita berusia 31 tahun. Pernah refer ke psychiatrist dalam tempoh 6 bulan yg lalu, walaubagaimanapun follow up sy bersama psy telah berakhir pada Jan 2021 lalu. Malangnya semenjak 2 minggu yg terakhir ini sakit ini kembali trigger. Saya jadi sensitif, cepat sedih, kecewa yang teramat lebih2 lagi menyedari diri saya ditipu. Hidup serba tidak kena. Stok ubat juga sudah berkurangan (Brintellix Vortioxetine), dos sy sebelum ini hanya 5 mg selang 2-3 hari, dan sudah lebih 2 bulan juga saya stop ambil ubat ini sbb dalam keadaan yg positif.
Ujian DASS yg saya lakukan semalam juga sangat teruk. Depression 38, Anxiety 12, Stress 34. Boleh saya dapatkan nasihat doktor2 sekalian, dan boleh saya dapatkan stok ubat dari sini?
Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah yang dihadapi.
Namun, kemungkinan besar masalah ini boleh disebabkan oleh sebab-sebab persekitaran anda sepert:
- Perasaan stress dengan pekerjaan anda
- Pemakanan yang tidak seimbang
- Menerima tanggungjawab yang berat
- Masalah rumah tangga ataupun hubungan dengan suami
- Kurang bergaul dengan rakan-rakan atau jiran berdekatan
- Kurang sokongan daripada keluarga atau rakan sendiri
- Kurang rehat ataupun tidur.
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Kami sarankan anda mencuba tips yang berikut bagi mengawal tekanan emosi dan mengawal masalah tekanan anda:
- Luangkan masa dengan keluarga dan rakan-rakan
- Luahkan masalah dengan orang yang tersayang
- Amalkan gaya hidup yang sihat dan pemakanan yang seimbang
- Pastikan mendapat pekerjaan yang kurang tekanan emosi dan masa
- Dapatkan sokongan dan nasihat daripada pakar kounseling anda
- Cukupkan rehat dan waktu tidur
- Perbaik masalah rumah tangga anda dengan perbincangan yang lancar dan perlahan-lahan.
Kami sarankan anda mendapatkan sokongan dan nasihat daripada pihak kaunseling bagi mendapatkan solusi yang terbaik mengenai masalah emosi anda dengan lebih terkawal dan berhasil. Sekiranya anda mempunyai kecederungan untuk meragut nyawa diri anda ataupun melakukan perkara yang boleh membahayakan keselamatan orang sekeliling, anda boleh menghubungi talian bantuan 24 jam Suicide helpline 60379568145 .
Anda perlu menghubungi doktor kami melalui talian untuk berbincang mengenai rawatan dan jenis ubatan yang sesuai. Untuk info lanjut, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan yang diinginkan.