
Sulit
3 tahun
Depression tak tahu nak buat macam mana . insomnia tak hilang
saya 25 tahun . mengandung anak ke 4 jarak satu tiap tahun . sekarang baru 3bulan 5hari saya kerap sakit kepala terutama pada belah kanan . tapi kadang kadang belah kiri . susah nak tidur malam . bangun awal , tidur pukul 1pg ke atas . saya paksa mata pun tak boleh nak tidur . sebab keadaan macam ni , saya depressed . stress dengan semua benda . cepat marah . badan letih sangat sangat . kadang kadang sampaii muntah . cepat bosan . macam mana nak buat ? saya takut effect pada kandungan .ada ubat ke yg saya boleh consume ?

3 tahun
Hai, terima kasih kerana bertanyakan masalah anda kepada pihak kami.
Menurut kenyataan anda diatas, anda mengalami masalah kesukaran untuk tidur malam dan sakit kepala. Kami fahami kebimbangan anda dan akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, secara umum, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya:
- Jadual kerja yang menggangu masa tidur
- Amalan tidur yang kurang memuaskan seperti penggunaan komputer atau telefon bimbit sebelum tidur.
- Makan dalam kuantiti yang besar sebelum tidur
- Kurang berehat dan tidur
- Tekanan atau stres sehingga menggangu fikiran
- Penggunaan sesetengah ubat
- Kafein, nikotin (bahan racun dalam rokok)
Namun, ia juga boleh disebabkan oleh isu kesihatan yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian segera daripada doktor , termasuk:
- Penyakit-penyakit psikiatri seperti kemurungan dan keresahan. Bagi sesetengah kes insomnia, sukar tidur tanda sakit mental.
- Masalah kesihatan yang lain seperti diabetes, gangguan jantung, asma, pedih ulu hati, dan penyakit tiroid.
Oleh itu, anda dinasihatkan untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Semoga penerangan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.