
Sulit
3 tahun
Deria bau dan rasa berkurang
Assalam dan hi dr. Saya wanita 20an. Saya baru2 ini demam. Dan sudah berjumpa doktor. Tetapi lepas makan ubat dan berehat. Deria bau dan rasa saya berkurang. Saya cuba bau sabun mandi, sabun basuh dan minyak angin serta perfume. Semua jadi bau yg sama. Dia mcm bau yg tak menyenangkan. Deria rasa saya pula, saya boleh rasa manis pedas tu semua. Tapi saya tak boleh detect perisa dia. Cth saya makan roti coklat. Tpi rasa coklat tu tak sampai. Saya cuma rasa manis sahaja. Bgaimana ya dr?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan maklumat yang diberikan oleh anda, kami memahami anda mengalami masalah kehilangan deria bau dan rasa serta mengalami gejala demam. Kami akan cuba membantu anda.
Kehilangan deria bau dan rasa boleh membawa kebimbangan terutamanya pada waktu wabak Covid ini. Namun, terdapat beberapa perkara lain yang boleh menyebabkan kehilangan deria bau dan rasa.
Antaranya :
- Jangkitan virus seperti Influenza
- Sinusitis
- Alahan
- Polip hidung
Masalah ini juga boleh dikaitkan dengan perkara yang lebih serius seperti masalah sistem saraf. Oleh itu, kami menasihatkan anda untuk merujuk perkara ini kepada doktor bagi mendapatkan diagnosis yang sebernarnya serta rawatan yang berpatutan.
Anda boleh bercakap dengan doktor kami secara atas talian untuk bantuan yang lanjut.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.