
Sulit
3 tahun
Deria bau semakin berkurang adakah saya mengalami simpton c19 atau kesan dari ubat tahan sakit?
Sy wanita38 thn 2 hari lps sy sakit kepala yg kuat dan pergi klinik… pada hari tersebut sy telh mkn ubat thn sakit sgt kerap… esok nya deria bu sy berkurang… adakah sy mengalami simptom C19?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera, dan terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Untuk makluman anda, terdapat banyak punca kekurangan deria bau selain daripada jangkitan Koronavirus. Antaranya,
- Masalah hidung tersumbat
- Alahan
- Sinusitis
- Jangkitan virus seperti Influenza (flu)
- Polip hidung
- Kesan sampingan sesetengah ubat
Namun, untuk mendapatkan kepastian mengenai gejala anda, sila rujuk kepada doktor untuk nasihat lanjut.
Anda juga boleh mendapatkan ujian saringan Covid di sini.
Anda boleh menghubungi doktor kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Terima kasih, harap jawapan ini dapat membantu anda.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.