
Sulit
4 tahun
Desperation dan mental
Saya rasa , saya mempunyai masalah desperation atau mental. Saya jadi cepat marah , sakit hati , memberontak , geram . Saya dah mempunyai 2org anak masih kecil. Bila menyusu saya rimas dan kadang tu ada sampai tahap nak cedera (cubit,pukul)

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah depressi atau tekanan mental yang menyebabkan anda menjadi seorang yang marah dan panas baran. Kemungkinan apa yang anda alami mungkin salah satu penyakit mental yang boleh disebabkan oleh perubahan personaliti yang boleh berpunca daripada kecederaan, jangkitan kuman atau keradangan pada otak.
Namun, kemungkinan besar masalah depressi dan panas baran boleh disebabkan oleh sebab-sebab persekitaran anda sepert:
- Perasaan stress dengan pekerjaan anda
- Pemakanan yang tidak seimbang
- Menerima tanggungjawab yang berat
- Masalah rumah tangga ataupun hubungan dengan suami
- Kurang bergaul dengan rakan-rakan atau jiran berdekatan
- Kurang sokongan daripada keluarga atau rakan sendiri
- Kurang rehat ataupun tidur.
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Kami sarankan anda mencuba yang berikut bagi mengawal tekanan emosi serta rasa cepat marah anda:
- Luangkan masa dengan keluarga dan rakan-rakan
- Luahkan masalah dengan orang yang tersayang
- Amalkan gaya hidup yang sihat dan pemakanan yang seimbang
- Pastikan mendapat pekerjaan yang kurang tekanan emosi dan masa
- Dapatkan sokongan dan nasihat daripada pakar kounseling anda
- Cukupkan rehat dan waktu tidur
- Perbaik masalah rumah tangga anda dengan perbincangan yang lancar dan perlahan-lahan.
Kami sarankan anda mendapatkan sokongan dan nasihat daripada pihak kounseling bagi mendapatkan solusi yang terbaik mengenai masalah emosi anda dengan lebih terkawal dan berhasil. Sekiranya anda mempunyai kecederungan untuk meragut nyawa diri anda ataupun melakukan perkara yang boleh membahayakan keselamatan orang sekeliling, anda boleh menghubungi talian bantuan 24 jam Suicide helpline 60379568145.
Untuk info lanjut, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan yang diinginkan.