
Sulit
4 tahun
Detail scan semasa trimester kedua
Hi. Saya sedang hamil anak pertama dan sekarang 21 minggu. Semasa melakukan detail scan pada minggu lepas di klinik swasta, doktor mengesan ada echogenic bowel ketika melakukan ultrasound. Doktor mengeluarkan surat rujukan ke hospital.
Hospital memberikan tarikh lagi tiga minggu untuk temujanji. Adakah echogenic bowel ni berbahaya? Boleh tolong terangkan pada saya sementara temujanji saya dengan hospital? Terima kasih.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, kami tidak boleh mengulas lebih lanjut tentang keputusan ultrasound tanpa melihat imbasan tersebut sendiri. Walaubagaimanapun, secara amnya, echogenic bowel merujuk kepada imbasan usus bayi dalam kandungan anda yang kelihatan lebih terang daripada biasa. Ia mungkin disebabkan oleh perkara berikut:
- kebanyakan kes, tidak diketahui puncanya dan ia akan kembali normal seperti biasa
- terdapat pendarahan dalam rahim yang menyebabkan bayi menelan darah tersebut. Apabila ia berlaku, usus akan kelihatan lebih terang.
- ia dikaitkan dengan penyakit genetik seperti Cystic Fibrosis. Namun, penyakit ini lebih kerap berlaku di negara barat
- terdapat kaitan dengan bayi Sindrom Down.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Anda harus menghadiri temu janji di hospital untuk mengenalpasti punca sebenar ia berlaku. Untuk info lanjut, Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) ataupun (DoctorOnCall EPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Terima kasih