
Sulit
5 tahun
Detak jantung tak teratur
saya arif aidil umur 21tahun . saya ada masalah sakit dada belah kiri dan dibadan . kadang2 detak jantung saya tak teratur . menjadi panik dan cepat2 batuk supaya ia kembali normal
tlg sy doktor . saya sblum ni 4kali dah pergi check . buat check jantung dan x-ray . saya dah buntu harus mcm mana lagi , sekarang saya tinggal di rumah dgn kakak sahaja .saya tidak tau mau minta bantuan siapa lagi .kakak saya kerja selalu . saya pun bukan orang senang

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, konsultasi di platform ini adalah sangat terhad memandagkan maklumat yang anda berikan adalah terhad dan kami tidak dapat untuk melakukan pemeriksaan ke atas anda. Lebih-lebih lagi anda sudah mengajukan masalah ini dengan doktor di hospital dan telah mendapatkan pemeriksaan. Saya beranggapan selepas pemeriksaan tersebut, didapati anda tidak mengalami apa-apa masalah.
Pada pendapat saya, sekiranya anda telah menjalani semua ujian dan didapati tidak ada masalah namun anda masih mengalami gejala, saya sarankan untuk anda berjumpa dengan doktor pakar psiakitri. Mungkin anda boleh berjumpa dengan doktor di klinik kesihatan terlebih dahulu untuk dirujuk ke doktor pakar.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link di bawah untuk berhubung dengan doktor kami. Terima kasih.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!