
Sulit
4 tahun
Detox meneutralkan pil perancang
Betul ke minum detox boleh meneutralkan pil perancang untuk memudahkan kehamilan? Sebab saya dah mengambil pil perancang selama 5 bulan. Setelah berhenti saya masih tidak mengandung sudah hampir setahun.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Tiada kajian yang kukuh untuk menyatakan bahawa detox boleh meneutralkan pil perancangan. Untuk pengetahuan anda, masalah untuk hamil ini boleh disebabkan samada masalah kesihatan dari pihak anda ataupun suami anda. Untuk mengetahui samada anda ataupun suami anda mempunyai masalah yang menyebabkan kesukaran hamil, anda berdua menjalani beberapa ujian kesihatan. Antara sebab-sebab yang boleh menjejaskan kehamilan wanita termasuk:
- Gangguan hormon
- Penggunaan kontraseptif
- Tekanan emosi
- Perubahan berat yang terlampau banyak atau senaman berlebihan.
- Penyakit-penyakit organ wanita seperti fibroid, endometriosis, gangguan hormon tiroid, sindrom ovari polisistik dan kanser organ reproduktif.
- Kesan sampingan ubat seperti ubat tiroid, antiepileptik, antidepresan dan penipis darah.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.