
Sulit
5 tahun
Di manakah saya boleh menggugurkan janin secara sah
Saya nerupakan seorang ibu kepada 3 orang anak. Mempubyai masalah UTI kronik, hemorrhoid yang memerlukan pembedahan, dan hyperthyrroid. Saya mempunyai sejarah darah tinggi atau hypertension, dan masalah jantung. Sepanjang kehamilan terdahulu, daya dikategorikan sebagai high risk dan fiberikan sticker merah di depan buku pink. Saya hamil 5 minggu dan sedang mengalami sakit yang teruk sekatang. Boleh cadangkan apa yang perlu saya lajukan? Saya mahu terus ke klinik swasta tetapi saya telah pergi ke bebetapa tempat tetapi tutup disebabkan covid19.

5 tahun
Salam sejahtera.
Berdasarkan keterangan di atas, sekiranya anda ingin mengugurkan kandungan anda, anda harus mendapatkan nasihat doktor. Hal ini kerana undang-undang Malaysia tidak membenarkan wanita menggugurkan kandungan sesuka hati.
Akan tetapi jika kandungan ini merupakan kandungan yang tidak diingini, saya sarankan untuk anda berjumpa dengan doktor. Anda mungkin tidak dibenarkan untuk menggugurkan kandungan namun pihak hospital boleh mencari jalan untuk membantu anda sepanjang anda mengandung dan mengurus bayi tersebut setelah dia lahir.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat lanjut, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan segera. Anda tidak digalakkan untuk melakukan proses penguguran dengan sendiri kerana ianya merbahaya dan boleh membawa maut kepada anda.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.