
Sulit
5 tahun
Diabetes atau kencing manis
Saya wanita berumur 19 tahun… Sejak kebelakangan ini… Saya sering kali sakit kepala selepas makan atau minum benda manis… Adakah sy telah mengalami diabetes dan adakah saya perlu membuat pemeriksaan doktor atau bagaimana??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, sakit kepala buakanlah gejala bagi kencing manis. Penyakit kencing manis biasanya menyebabkan pesakit mengalami gejala seperti:
- Kerap haus
- kerap kencing atau kencing dalam kuantiti banyak
- Hilang berat badan
Sakit kepala seperti migrain boleh dicetuskan oleh pemakanan seperti pengambilan kafein yang terdapat dalam makanan seperti coklat. ia juga boleh dicetuskan oleh makanan lain seperti buah buahan citrus.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.