danialamin100
3 tahun
Diabetes kencing manis
Saya berumur 20 thun…perlukah saya memenuhi semua tanda kencing manis atau salah satu sahaja utk dikategorikan sbgai kencing manis?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Masalah kencing manis adalah penyakit yang memerlukan diagnosis secara bacaan darah. Hal ini bermaksud untuk anda dipastikan status kencing manis, jika tiada simptom ataupun gejala sekalipun, ujian darah sudah memadai untuk mengesahkan status kencing manis. Untuk itu, anda boleh pergi ke klinik untuk berbincang dengan doktor untuk lakukan ujian kencing manis dan mereka akan bimbing anda disitu mengenai prosedurnya. Sekian




























