
Anonymous
5 tahun
Diabetes no.2 untuk kanak-kanak
Sekarang anak saya umur 10 tahun sudah menggunakan suntikan insulin. Saya mahu dia tidak perlu lagi disuntik insulin macam mana cara nak membetulkan keadaan itu

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi.Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anak anda hadapi boleh dibuat seperti:
- adakah anak anda menghidap kencing manis type1/type 2?
- bila kali pertama didiagnos mempunyai kencing manis
- adakah anak anda mengalami kesan sampingan insulin? (kenaikan berat badan)
Sekiranya anak anda hadapi kencng manis type 1,dia akan memerlukan suntikan insulin sepanjang hayat disebabkan oleh patofisiologi berlakunya penyakit tersebut.Tiada cara yang jelas untuk mengelakkan diri daripada mendapat diabetes mellitus jenis 1.Manakala untuk kencing manis type 2 ia boleh dikawal melalui cara pemakanan sihat dan ubat-ubat kencing manis.
Sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian untuk maklumat dan nasihat lanjut. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih