
Sulit
4 tahun
Diabetes, suspect jantung
1)Apa perbezaan sakit dada kerana penyakit jantung dan sakit dada kerana penyakit pada paru-paru
2)Adakah kaedah lain untuk mengesan panyakit jantung selain dari membuat rawatan angiogram.echo dan stress test positif
Terima kasih!

5 tahun
Terima kasih,
Sakit dada boleh berpunca daripada pelbagai perkara, contohnya:
- Kegagalan fungsi jantung
- Serangan jantung
- Jangkitan paru-paru
- Trauma tulang rusuk
- Masalah otot dada
Kebiasaannya, sakit dada disebabkan paru paru akan menunjukkan gejala batuk, bunyi nafas, kahak. Namun perkara ini masih juga boleh bertindan dengan simptom sakit jantung.
Kaedah bagi mengesan sesuatu penyakit bergantung kepada simptom. Selain angiogram, echocardiogram serta ECG stress test, investigasi Xray dada boleh juga dilakukan.
Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.